suria

Zika: Kenya Mungkin Tarik Diri Olimpik Rio

NAIROBI: Kenya mencetuskan kekecohan apabila ketua majlis Sukan Olimpiknya berkata pasukan itu mungkin menarik diri daripada Sukan Olimpik Rio.

Bagaimanapun menurut pegawai-pegawai adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai kesan virus berkenaan.

Virus bawaan nyamuk yang meluas di Brazil itu mendorong kebimbangan di kalangan atlet dan pegawai sukan di serata dunia kerana mereka bersedia untuk Olimpik di Rio de Janeiro pada 5-21 Ogos depan.

Ketua Majlis Olimpik Kebangsaan (Nock), Kipchoge Keino, berkata negara itu tidak mahu mengambil "risiko membawa atlet Kenya ke sana jika virus Zika mencapai tahap wabak" dan ingin mendapatkan jaminan daripada penganjur.

Namun Nock menafikan kenyataan berkenaan dengan berkata negara Afrika Timur sedang memantau ancaman kesihatan daripada penyakit itu serta mengakui menerima maklumat terkini yang teratur.

"Masih terlalu awal untuk membuat penentuan mengenai status virus memandangkan sukan itu akan berlangsung enam bulan lagi," kata Ketua Nock bagi misi Rio, Stephen Soi.

Nock berkata kenyataan Keino "mungkin telah dipetik di luar konteks".

Menteri Sukan Kenya, Hassan Wario berkata pada Selasa bahawa negara ini masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengambil bahagian atau sebaliknya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kesihatan, demikian menurut akhbar Nation Daily.

Virus Zika, Sukan Olimoik Rio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain