suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diego Halang United Kutip Mata Penuh Di Stamford Bridge

Lingard (kanan) menjaringkan gol pertama ketika pertemuan dengan Chelsea pada perlawanan lewat Ahad malam.

DIEGO Costa menyelamatkan maruah Chelsea di laman sendiri apabila menjaringkan gol seri 1-1 ketika pertemuan dengan Manchester United di Stamford Bridge pada perlawanan Liga Perdana Inggeris lewat Ahad malam.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada babak pertama permainan, namun United tampil lebih teratur menguasai perlawanan.

Selepas beberapa kali melakukan percubaan berbahaya ke gawang Chelsea, pemain muda United Jesse Lingard berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan menarik pada minit ke-61.

Skuad Louis Van Gaal berjaya mengekalkan kedudukan 1-0 kosong sehingga tamat tempoh sebenar permainan.

Namun Costa yang sebelum itu yang beberapa cuba melakukan jaringan akhirnya berjaya menyamakan mata seri minit ke-91 pada masa kecederaan dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.




Keputusan tersebut menyaksikan Chelsea yang diambil alih pengurus Belanda, Guus Hiddink mengekalkan rekod tanpa kalah sembilan perlawanan sejak menggantikan tempat Jose Mourinho ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain