suria

Hazard Minta Maaf Kepada Mourinho

BINTANG Chelsea, Eden Hazard mendedahkan telah menghantar mesej memohon maaf kepada Jose Mourinho selepas jurulatih itu dipecat pemilik The Blues.

Jurulatih kelahiran Portugal itu dikenakan tindakan keras dengan dipecat akibat prestasi tidak menentu Chelsea walaupun mereka berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Hazard merupakan salah seorang daripada tiga pemain seperti Diego Costa dan Cesc Fabregas yang dicemuh penyokong kerana dikatakan telah mensabotaj Mourinho sehingga dipecat.

Pemain Belgium itu dikatakan gagal mempamer aksi sebenar pada musim ini dan hanya menjaringkan gol dalam saingan Piala FA menentang MK Dons.

"Saya menghantar mesej kepadanya untuk meminta maaf.

"Saya berasa sedikit bersalah kerana telah menjadi pemain terbaik pada musim lalu tetapi tidak baik pada musim ini," katanya kepada The Guardian.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain