suria

Cristiano Ronaldo Sambut Ulang Tahun Ke-31

Cristiano Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo pada Jumaat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31. Penyerang ini lahir pada 5 Februari 1985 di Funchal (Portugal).

Hanya dalam tujuh musim bermain bersama Real Madrid, dia telah menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab ini. Dalam 328 perlawanan, dia berjaya menghasilkan 344 gol dan setakat ini melepasi rekod 323 gol yang dimiliki Raul.

Sepanjang bersama Real Madrid, dia telah berjaya merebut gelaran Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah, Liga, Piala Raja dan Piala Super Sepanyol.

Selain itu, dia juga mencatat kejayaan peribadi mendapat anugerah Bola Emas dan tiga Kasut Emas sebagai pemain Real Madrid.

Dalam musim ini, Cristiano Ronaldo terus menunjukkan prestasinya yang menakjubkan. Setakat ini dia merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga dengan 19 gol, sama dengan jumlah gol yang dimiliki Luis Suárez.


Jumlah ini ditambah lagi dengan 11 gol di Liga Juara-Juara, dimana dia juga merupakan penjaring gol terbanyak dalam perlawanan tersebut. 

Cristiano Ronaldo, hari jadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain