suria

Klopp Puji Guardiola, Hughes Beri Amaran

Jurgen Klopp.

JURGEN Klopp memuji Pep Guardiola sebagai 'salah seorang pengurus terbaik di dunia' dan mengharapkan pengurus Bayern Munich itu dialu-alukan semasa kehadirannya di Manchester City.

Bagaimanapun pengurus Stoke City, Mark Hughes memberi amaran kepada Guardiola bahawa Liga Perdana Inggeris bakal menjadi satu pengalaman baharu buat beliau walaupun telah mencapai kejayaan di Barcelona dan Bayern Munich.

Hughes merupakan salah seorang yang mempunyai pengalaman dengan ketiga-tiga kelab ini - Manchester City, Bayern Munich dan Barcelona, yang mana mempunyai kaitan dengan Guardiola.

Guardiola sah akan menggantikan pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini pada musim panas ini. 

Klopp yang baharu sahaja tiga bulan mengurus pasukan Liverpool tidak mempunyai tips untuk Guardiola.

"Saya tidak mempunyai sebarang nasihat. Ia merupakan perjalanan yang terlalu panjang untuk dia (Guardiola) lalui. Dia sudah cukup banyak lakukan di Bayern tetapi bila dia di sini (Liga Perdana Inggeris), ia akan dialu-alukan sebagaimana yang saya rasai semasa datang ke sini.

"Dia merupakan salah seorang pengurus yang terbaik di dunia. Tidak syak lagi mengenai hal ini.

"Dia mempunyai dua pasukan gergasi yang diutuskan dan sekarang tugasnya akan menguruskan Manchester City," ujar Klopp. - Mail Online


Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain