Jafri Hero Skuad Harimau Kumbang - Sukan | mStar

Jafri Hero Skuad Harimau Kumbang

GEORGE  TOWN: Bekas pemain Harimau Muda, Jafri Firdaus Chew akan menggunakan pengalamannya bersama pasukan muda kebangsaan bagi memastikan namanya tersenarai barisan utama skuad Harimau Kumbang musim ini.

Jafri, 19, yang dimasukkan pada babak kedua permainan menjadi tumpuan pada aksi perlawanan persahabatan menentang Selangor di Stadium Bandaraya pada Jumaat apabila muncul sebagai penjaring tunggal sekaligus memberi kemenangan bermakna menewaskan juara Piala Malaysia itu.

“Sudah tentu saya gembira kerana dapat membantu pasukan Pulau Pinang mencatat kemenangan pada aksi ini.

“Walaupun hanya perlawanan persahabatan, ia amat penting bagi kami yang masih dalam persiapan sebelum liga bermula.

“Tetapi apa yang penting, ia adalah peluang bagi saya untuk merebut tempat dalam sebelas pemain utama pasukan ini,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, Jafri menganggap kemenangan ini juga adalah untuk penyokong-penyokong setia Harimau Kumbang yang hampir 3,000 memenuhi stadium pada perlawanan itu.

Pemain kelahiran Butterworth ini pernah terpilih antara lima pemain paling berbakat oleh Football Channel Asia ketika aski Kelayakan AFC Bawah 19 Tahun baru-baru ini selepas menjaringkan tiga gol pada kejohanan itu.

Sentuhannya ditagih bagi perkuatkan barisan serangan skuad yang dikendalikan oleh Jacksen F. Tiago ini.

Pulau Pinang , Harimau Kumbang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Portugal

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Elvis Presley 'kawal' trafik di Jerman