suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Akhir Rekod 100M Badrol Sebelum Rabu Depan - Karim

KUALA LUMPUR: Keputusan muktamad berhubung rekod 100 meter kebangsaan 10.29 saat yang dicipta pelari muda Badrul Hisyam Manap bakal diketahui sebelum Rabu depan.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim berkata keputusan untuk mengesahkan rekod dilakukan Badrul pada temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Brunei pada 23 November lepas itu, akan diketahui selepas Mesyuarat Tergempar Majlis KOM.

Karim berkata beliau akan membentangkan laporan daripada Persekutuan Olahraga Brunei (BAF) serta Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) diterimanya pada Rabu, selain laporan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal KOM yang diadakan di Pulau Pinang 10 Januari lepas, untuk majlis itu membuat keputusan mengenai isu tersebut.  

"Laporan BAF itu disertakan dengan laporan daripada IAAF yang merangkumi semua penjelasan daripada kedua-dua pihak. Kelewatan oleh BAF disebabkan oleh IAAF kerana persekutuan itu hanya membalas e-mel kepada mereka pada 17 Januari.

"Saya akan memanggil Mesyuarat Tergempar Majlis KOM pada Selasa atau Rabu kerana masing-masing sedang sibuk dengan sambutan Thaipusam. Saya serahkan kepada majlis membuat keputusan berhubung isu berkenaan, selepas sayamembentangkan laporan-laporan tersebut," kata Karim.

Karim berkata mesyuarat bakal dipengerusikan beliau itu terdiri dari 30 atau lebih pakar teknikal, akan memberi penyelesaian terbaik berhubung isu yang belum selesai sejak November itu, dengan mengambil contoh digunakan negara lain berdasarkan situasi sama.

Badrul memadamkan rekod 10.30s dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun selepas melakukan catatan 10.29s pada saingan akhir acara 100m di ASG, namun KOM tidak dapat mengesahkan rekod itu berikutan penganjur gagal mematuhi spesifikasi dan syarat ditetapkan IAAF untuk pengesahan rekod tertentu.

Antara tidak dipatuhi adalah alat pengukur angin yang tidak berada digarisan 50m selain bukti 'photo finish', di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF.

Datuk Karim Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain