suria

Regatta Perdana Langkawi Dijadikan Ranking Asia

LANGKAWI: Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi yang akan dianjurkan Persatuan Perahu Layar Kedah di sini selama lima hari mulai 31 Januari ini telah disenarai sebagai kejohanan untuk ranking Asia.

Timbalan Presiden Persatuaan Perahu Layar Kedah, Mohd Affendy Abdullah berkata pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Pelayaran Asia.

"Sehingga kini lebih 300 orang pelayar dari 12 buah negara telahmengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan itu," katanya pada Bernama.

Beliau berkata Korea Selatan menjadi pasukan yang menghantar jumlah pelayar paling ramai iaitu 44 orang, sementara Malaysia membariskan 35 orang pelayar.

Kejohanan itu yang dianjurkan bersama oleh Persatuaan Pelayaran Malaysia (MYA) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mempertandingkan 10 acara yang antaranya Laser Standard dan Radial.

Mohd Affendy  yang juga pengurus besar MYA yakin kejohanan itu akan memberi peluang pada pelayar Malaysia mendapat pendedahan dan menguji kemampuan masing-masing.-Bernama

Regatta Perdana, Ranking Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain