suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Bakal Jadi Kelab Terkaya Dunia 2017

PAKAR kewangan menjangkakan Manchester United bakal menjadi kelab terkaya dunia pada tahun hadapan.

Deloitte yang merupakan sebuah  firma kewangan meramalkan United boleh menamatkan kuasa Real Madrid yang telah sedekad berada di kedudukan teratas dalam Football Money League bagi pendapatan tahunan keseluruhan.

Kedudukan tahun ini menyaksikan United jatuh satu anak tangga ke tempat ketiga dalam jumlah keseluruhan 400.3 milion pound di belakang Barcelona yang mencatat £432.1m pound manakala Real Madrid meraih keuntungan sebanyak 444.5m pound di tempat pertama.

"Madrid akan terus tertekan dengan Manchester United dalam persaingan Money League musim depan dan beberapa tahun akan datang. 

"Ia berikutan pemilik kelab Inggeris itu bakal meraih keuntungan komersial pada tahun 2016/17 hasil perjanjian penyiaran dari Liga Perdana," jelas rakan perniagaan di Deloitte, Don Jones.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain