suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paire Hentak Raket Tewas Kepada Pemain Ke-328 Dunia

PEMAIN Perancis, Benoit Paire menghentak raket tenisnya ke gelanggang selepas tewas kepada pemain muda yang berada di ranking ke-328 dunia, Noah Rubin pada aksi pusingan pertama Terbuka Australia, Isnin malam.

Rubin yang merangkul juara Wimbledon remaja 2014 berjaya mempamerkan pukulan sempurna sekaligus menyebabkan Paire mula hilang sabar.

Malah pemain berusia 26 tahun itu membaling raket selepas servis pertamanya terkandas di jaring.

"Tidak ada apa yang boleh dikatakan kecuali ia satu malapetaka. 

"Dia bukan pemain yang bagus, tetapi saya bermain lebih teruk hari ini," jelasnya yang kecewa dengan permainan sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain