suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal Terus Malang Di Melbourne, Tewas Pusingan Pertama

Nadal kelihatan kecewa selepas tewas lima set kepada rakan senegaranya pada pusingan pertama Terbuka Australia pada Selasa.

HARAPAN jaguh tenis Sepanyol Rafael Nadal memecah rekod 'malang' di Melbourne Park tidak kesampaian apabila tewas lima set kepada rakan senegaranya, Fernando Verdasco pada pusingan pertama Terbuka Australia, petang Selasa.

Verdasco mencatat kemenangan 7-6(6) 4-6 3-6 7-6(4) 6-2 ke atas rakan Piala Davis itu.

Nadal sentiasa dilihat sukar untuk bersaing dengan pemain berusia 32 tahun itu yang juga bekas penghuni kelompok 10 terbaik dan kini masih berada dalam kedudukan 50 terbaik dunia.

Verdasco sentiasa memberi tekanan kepada pemain di ranking kelima dunia itu sejak permainan dimulakan dengan membuat hantaran di atas garisan.

Nadal yang juga pemenang 14 kali Grand Slam menunjukkan tanda-tanda positif untuk kembali bangkit memberi saingan selepas mara ke final di Qatar awal bulan ini, namun sebaliknya berlaku di Melbourne.

Terbuka Australia menjadi igauan buruk buat Nadal kerana sentiasa berdepan dengan masalah selepas menjulang trofi kejohanan buat kali pertama pada tahun 2009.

Namun selepas itu, Nadal terpaksa menarik diri untuk mempertahankan gelarannya kerana mengalami masalah kecederaan lutut ketika menentang Andy Murray (2010), tewas pada aksi separuh akhir kepada rakan senegaranya, David Ferrer (2011) kecederaan di paha dan tahun berikutnya dia tewas kepada Stan Wawrinka di pentas akhir.

Pada tahun 2013, Nadal mengalami masalah perut yang memaksa dia sekali lagi menarik diri, diikuti kecederaan pergelangan tangan (2014) dan tahun lalu mengalami masalah apendisitis yang menyebabkan dia tewas straigh set kepada Tomas Berdych dalam saingan suku akhir.

Rafael Nadal, Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain