suria

La Liga: Barca Pesta Gol, Suarez Cipta Hatrik

Aksi Luis Suarez selepas berjaya mencipta tiga gol ketika menentang Athletic Bilbao dalam saingan La Liga, awal pagi Isnin.
BARCELONA berpesta gol setelah menang 6-0 dalam saingan La Liga menentang Athletic Bilbao di Camp Nou, awal pagi Isnin.

Luis Suarez menjadi bintang dalam perlawanan ini apabila mencipta hatrik, manakala tiga gol lain disumbangkan oleh Lionel Messi, Neymar dan Ivan Rakitic.

Dalam perlawanan ini, segalanya tidak menjadi bagi Bilbao kerana mereka dilayangkan kad merah seawal minit keenam dan memaksa mereka bermain dengan 10 pemain.

Kad merah dilayangkan setelah Gorka Iraizoz melanggar Luis Suarez di dalam kotak penalti dan Messi tak mensia-siakan hadiah penalti yang diberikan, membawa pasukannya mendahului 1-0.


Walau bermain dengan 10 orang, Bilbao tidak banyak bertahan sebaliknya memilih untuk menyerang. 

Naisb tidak menyebelahi mereka sekali lagi apabila pada minit ke-31, Barca mendapat gol keduanya.

Ia diperolehi menerusi umpan Suarez yang diterima Neymar yang segera menyumbat masuk gol menggunakan kaki kirinya. Babak pertama berakhir dengan kedudukan 2-0.

Pada babak kedua, pasukan Luis Enrique mendapat gol ketiganya pada minit ke-47 setelah umpan Neymar diselesaikan Suarez dengan sepakan kaki kanan betul-betul di depan gawang Bilbao. 

Pada minit ke-62, Rakitic menyumbat gol keempat Barcelona.

Selang enam minit kemudian, Barca menambah pungutan golnya menjadi 5-0 setelah umpan silang Arda Turan dari kanan diterima oleh Suarez di dalam kotak penalti lantas dia melepaskan sepakan kaki kanan untuk membolosi gawang Herrerin.

Pada minit ke-82, Barca berpesta gol apabila Suarez menyumbat masuk gol ketiganya . Kedudukan berubah menjadi 6-0 dan ia bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Barca kini menduduki posisi kedua La Liga dengan mata 47.

Mereka tertinggal dua angka di belakang Atletico Madrid. Namun, Atletico sudah bermain 20 kali, sementara Barca 19 kali.

Sementara itu, Bilbao berada di posisi kesembilan dengan 28 mata. Ini adalah kekalahan kelapan mereka di La Liga musim ini.
La Liga, liga Sepanyol, Luis Suarez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain