suria

Kemenangan Ke Atas Liverpool Amat Penting - Van Gaal

Wayne Rooney meraikan kemenangan bersama pemain lain selepas Manchester United berjaya menewaskan Liverpool 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad.
LOUIS van Gaal mengakui kemenangan 1-0 ke atas Liverpool amat penting bagi memastikan momentum skuad kembali ke landasan betul.

United meraih jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-78 melalui kaptennya, Wayne Rooney selepas Liverpool gagal memanfaatkan peluang terbaik pada babak pertama biarpun mendominasi permainan di laman sendiri.

Malah kemenangan ini dianggap yang terbaik buat Van Gaal musim ini, dan yakin momentum ini untuk bersaing dengan Manchester City, Arsenal, Leicester .

"Ia sentiasa menjadi perkara penting untuk menewaskan Liverpool kerana ini bermakna lawan kami kehilangan mata. 

"Walaupun ia bergantung kepada mata keseluruhan, tetapi kami masih mempunyai banyak perlawanan.

"Tahun 2016 ini permulaan yang baik dengan mencatat banyak kemenangan," jelas Van Gaal.  

Kemenangan ini juga menyaksikan United mara tangga kelima kedudukan liga.

Sementara itu, Rooney berjaya merekodkan gol dalam tempoh empat bulan berturut-turut buat kali pertama selepas 2012 sekali gus mencatat rekod gol ke-176 dalam saingan liga bersama United.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain