suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBSNT Alu-Alukan Penajaan

Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

KEMAMAN: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengalu-ngalukan syarikat yang mahu menaja pasukan Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata penajaan mampu  meringankan bebanan perbelanjaan pengurusan pasukan yang semakin meningkat dari setahun ke setahun.

"PBSNT menyambut baik mana-mana syarikat yang hendak menaja pasukan  Terengganu terutamanya dalam kegawatan ekonomi ini," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai isu penajaan.

Menurut Wan Ahmad Nizam, beberapa anak syarikat kerajaan negeri Terengganu telah menunjukkan minat dan sanggup menaja pasukan tersebut namun sehingga kini, kerajaan negeri adalah pihak yang paling banyak membantu serta menjadi penaja utama pasukan.

Beliau berkata bagi menguruskan pasukan Liga M, hampir RM20juta diperlukan dan untuk gaji seorang pemain import, ia melibatkan kos RM100,000 sebulan.

Mengenai isu penajaan daripada pemilik syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Wan Ahmad Nizam berkata beliau tidak melakukan sebarang perbincangan secara terus tetapi ia dilakukan oleh pihak lain.

Akhbar melaporkan bahawa Aliff Kamarzaman sedang diburu untuk menjadi penaja pasukan penyu selain Selangor, namun usahawan kosmetik terkemuka itu masih belum mengemukakan sebarang keputusan. - BERNAMA

PBSNT, penajaan

Artikel Lain