suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alex Ferguson Kembali Jika Van Gaal Dipecat

ALEX Ferguson dilaporkan akan kembali ke Old Trafford untuk membantu Ryan Giggs jika Manchester United memecat Louis Van Gaal akibat kemerosotan prestasi kelab berkenaan.

Walaupun legenda berusia 74 tahun itu telah bersara pada 2013, namun dia tidak mempunyai masalah untuk kembali, lapor akhbar tempatan United Kingdom, Sunday People.

Bagaimanapun Ferguson didakwa tidak akan kembali dilantik sebagai jurulatih, sebaliknya hanya akan membantu Giggs dari sebalik tadbir.

Khabar angin mengenai pemecatan van Gaal semakin 'bertiup kencang' apabila kelab itu kini menghuni kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dan mungkin tidak layak untuk ke aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Malah ia mungkin akan menjadi realiti sekiranya United tewas kepada Liverpool pada Ahad.

Manchester United

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain