suria

Pengurus Kedah Cabar Kahe Jaring Lebih 18 Gol

Jeffrey Low (dua, kanan) bersama Carlos Kahe, memegang mafla Skuad Lang Merah ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) malam Khamis.

PENGURUS pasukan Kedah Datuk Jeffri Low Han Chow mencabar penyerang baru pasukannya yang tiba di Alor Setar kelmarin iaitu Carlos Kahe untuk menjaringkan lebih daripada 18 gol dalam aksi Liga Malaysia musim ini.

Cabaran itu diberikan bagi menyaingi rakan senegara Kahe iaitu Sandro Da Silva yang berjaya menghasilkan 18 gol sepanjang musim lalu selepas mengikat kontrak dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas Liga Primier bermula.

Sandro berjaya menghasil sembilan gol dalam Liga Premier dan sembilan lagi dijaringkan pada aksi Piala Malaysia sebagai pemain tengah dibelakang penyerang utama, Chidi Edeh.

Beliau berkata, Kahe menjadi pilihan KFA selepas pihak pengurusan menonton himpunan aksinya sejak mewakili skuad Bawah 20 Tahun Brazil, 0ermainan di Liga Jerman dan Turki menerusi rakaman video.

Selain itu, pemain itu turut dicadangkan oleh Carlos Roberio iaitu bekas pemain Kedah pada sekitar 90an.

“Kahe bukan penyerang yang ditangkap muat tanpa diselidik mengenai kebolehan dirinya. Saya dan juga kesemua pegawai pasukan Kedah telah melakukan pemantauan mengenainya sejak tahun lalu dan setelah puas hati barulah kami mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmatnya.

“Sandro yang beraksi bersama Kahe menyokong kami mendapatkan khidmat pemain yang berusia 33 tahun ini yang pernah beraksi bersama kelab terkenal di Jerman sebelum kembali ke Brazil dan akhirnya menyertai pasukan Kedah.

“Carlos Roberio yang berusaha mendapatkan penyerang seperti Chidi Edeh turut menyokong nama Kahe sebagai penyerang yang mampu menyelesaikan masalah penyudah skuad Helang Merah,” kata Jeffry.

Tambahnya, Carlos Roberio juga adalah individu yang membawa Sandro musim lalu dan pemain dari Brazil itu telah membuktikan kemampuan dengan membantu Kedah mara ke final Piala Malaysia.

“Saya yakin Kahe mampu menyelesaikan masalah penyudah yang membelenggu sejak tahun lalu berdasarkan pengalaman dan fizikalnya.

“Kahe telah membuktikan penyudaahnya ketika beraksi di Liga Turki dan Jerman. Kini dia hanya perlu memastikan dapat menghasilkan lebih daripada 18 gol yang telah dijaringkan oleh Sandro sebagai pemain tengah Kedah pada musim lalu.

“Apa yang penting ialah kejayaan Kedah kerana perkara itu yang dinantikan penyokong yang tidak pernah berhenti memberi sokongan mereka di mana sahaja," ujarnya.

Carlos Kahe, Kedah

Artikel Berikut

Keputusan Liga 1 Perancis

Artikel Lain