suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indra Wijaya Lapor Diri 9 Februari Ini

Indra Wijaya.

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki yang baharu Indra Wijaya akan memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 9 Februari ini.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Indra sudah melepaskan jawatan selaku jurulatih perseorangan lelaki Korea Selatan yang mengendalikan Son Wan Ho, Lee Dong Keun dan Jeon Hyeok Jin.

"Kita telah menyenaraikan tujuh pemain yang akan berada di bawah kendalian Indra," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan di sini Jumaat.

Tujuh pemain yang akan berada di bawah jagaan Indra ialah Cheam June Wei, R.Satheishtharan, Chin Wai Kin, Tan Jia Wei, Lee Zii Jia dan dua pemain yang baharu menyertai BAM Yeoh Seng Zoe serta Muhammad Syafiq.

Indra, pernah mewakili pasukan Indonesia pada 1995 hingga 2000 bersama-sama Ardy B. Wiranata dan Hariyanto Arbi sebelum mewakili Singapura dalam beberapa kejohanan badminton di peringkat antarabangsa.

Beliau juga berada dalam pasukan Indonesia ketika menjuarai Piala Thomas pada 1996 dan 1998. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain