suria

Spalletti Calon Pilihan Kemudi Roma Jika Garcia Dipecat

Luciano Spalletti.

LUCIANO Spalletti antara yang mendahului senarai pilihan untuk memimpin Roma sekiranya pengurus pasukan itu, Rudi Garcia dipecat.

Nasib Garcia hanya akan diketahui pada Isnin.

Presiden Roma, James Pallota dan Pengarah, Mauro Baldissoni sedang mengadakan satu mesyuarat di Miami.

Malah, Walter Sabatini dan Ketua Pegawai Eksekutif Roma, Italo Zanzi turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu secara persidangan video.

Menurut beberapa sumber, Sabatini merupakan satu-satunya individu yang kekal dalam hierarki kelab tersebut yang mahu Garcia terus mengemudi Roma.

Tekanan semakin memuncak selepas Roma terikat seri dengan Chievo dan Milan yang meletakkan pasukan itu di tempat kelima, ketinggalan tujuh mata daripada pendahulu, Napoli.

Namun, Sky Sport Italia yakin Spalletti merupakan pilihan utama untuk mengambil alih kerusi Garcia mengatasi Marcelo Bielsa dan pengurus Chile, Jorge Sampaoli.

Sekiranya Spalletti dipilih ini bermakna pengurus berusia 56 tahun itu akan kembali semula ke Roma yang pernah dikemudinya dari 2005 hingga 2009.

Luciano Spalletti, Roma

Artikel Berikut

Artikel Lain