suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Red Bull Boleh Menang Jika Ada Kuasa Mercedes - Ricciardo

DANIEL Ricciardo  yakin pasukan Red Bull mampu tampil dengan prestasi yang lebih baik musim ini sekiranya mereka mempunyai kuasa casis seperti Mercedes.

Situasi tegang di antara Red Bull dan Renault belum reda apabila pengeluar dari Perancis itu berdepan dengan masalah prestasi enjin.

Sejak pakej enjin Formula Satu (F1) diperkenalkan pada tahun 2014, pasukan itu gagal menjulang gelaran juara.

"Jujur saya katakan bahawa jika kami ada kuasa seperti Merc, kami boleh memenangi beberapa perlumbaan," jelasnya.

Musim lalu, Red Bull menamatkan saingan keseluruhan di tempat keempat musim lalu bagi kategori pengeluar tanpa meraih sebarang gelaran juara dalam 19 pusingan.

Formula 1, Red Bull, Daniel Riccardo

Artikel Lain