suria

Tewas Lagi, Mourinho Rasa 'Dikhianati' Pemain

Jose MOurinho
CHELSEA mengalami kekalahan kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini selepas ditewaskan Leicester City  dan Jose Mourinho menjadikan pemainnya sebagai sasaran.

Jose Mourinho mengakui dia berasa 'dikhianati' oleh pemain Chelsea berikutan kekalahan 2-1 mereka kepada Leicester City pada perlawanan awal pagi Selasa. Chelsea kini berada di ranking ke-16 dengan 15 mata.

Jamie Vardy dan Riyad Mahrez telah membawa pasukan yang dibimbing Claudio Ranieri terus mendahului sehingga tamat perlawanan sekali gus mengekalkan kedudukan kelab ini di puncak liga.

Pada minit ke-77 tandukan Loic Remy dari kelab juara bertahan itu dapat memecahkan kebuntuan gol Chelsea, tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Mourinho, pengurus Portugis itu percaya pasukannya tidak mengikuti arahannya ke tahap yang boleh diterima dan berpandangan bahawa memenangi gelaran musim lalu adalah satu 'pencapaian yang berlebih-lebih'.

"Kami melepaskan dua gol yang mana saya tak dapat menerimanya. Saya tahu salah satu daripada kualiti terbaik saya adalah mampu membaca permainan untuk pemain saya, untuk mengenal pasti setiap perincian tentang lawan," kata Mourinho kepada Sky Sports.

"Saya rasa kerja saya telah dikhianati. Sukar untuk kita untuk menjaringkan gol apabila anda mempunyai pemain yang tidak berada pada tahap terbaik. Apabila anda mempunyai beberapa pemain, terutamanya dalam posisi penting, ia sukar.

"Sukar. Dalam semua musim yang lepas saya melakukan tugas-tugas luar biasa dan saya telah membawa mereka ke satu tahap yang lebih daripada tahap mereka yang sebenarnya."

Artikel Lain