suria

Mourinho Dedah Faktor Kemenangan Chelsea

Jose Mourinho
CHELSEA berjaya menempah tempat ke peringkat akhir saingan Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan G setelah menewaskan Porto 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

The Blues mengumpulkan 13 mata, lebih dua mata dari Dynamo Kiev yang berada di tempat kedua.

Walaupun berada di kelompok tercorot di Liga Perdana Inggeris, Chelsea mahu membuktikan pasukan itu masih berbisa.

Jurulatih Chelsea Jose Mourinho mempunyai alasan terhadap kemenangan ini.

“Kami bersatu dan mencuba untuk menang,” kata Mourinho, dipetik dari laman rasmi UEFA, Khamis.

The Blues seolah-olah terlupa dengan kekalahan 0-1 terhadap Bournemouth minggu lalu.

Ketika berdepan Porto, Chelsea hanya mencatatkan 39 peratus penguasaan bola berbanding Porto.

Namun, gol sendiri daripada pemain Porto, Marcano Sierra di minit ke-12, disusuli gol Willian pada minit ke-52 membawa Chelsea mara ke peringkat seterusnya.

Mourinho sudah menjangkakan keputusan seri dengan Porto sudah cukup untuk membawa mereka ke fasa knock out Liga Juara-Juara.

Namun, The Blues tetap menginginkan kemenangan khususnya untuk pemain dan kelab.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain