Stamford Bridge Bakal Berwajah Baharu - Sukan | mStar

Stamford Bridge Bakal Berwajah Baharu

CHELSEA telah menyerahkan kertas cadangan untuk membina stadium baharu di Stamford Bridge yang boleh memuatkan sehingga 60,000 tempat duduk.

Permohonan itu yang akan menyebabkan stadium sedia ada dengan 41,600 tempat duduk dirobohkan serta beberapa bangunan lain berdekatan akan diteliti pihak berwajib.

Pihak London Borough of Hammersmith and Fulham menetapkan 8 Januari 2016 sebagai tarikh untuk maklumbalas permohonan itu.

Kelab itu berkata, proses perancangan itu akan dilaksanakan selepas akhir musim ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi kelab berkenaan, Chelsea berkata, stadium baharu itu akan dilengkapkan dengan kemudahan lebih baik di setiap kawasan, selain pemandangan yang lebih baik dari setiap tempat duduk.

Stadium baharu itu juga melibatkan kawasan berhimpun yang lebih luas, platform bertingkat untuk kemudahan pengangkutan rel.

Chelsea bermain di Stamford Bridge sejak 1905 dan kali terakhir kawasan itu dibangunkan semula adalah pada 1990an.

Bagaimanapun, kapasiti semasa stadium itu lebih rendah berbanding pesaing Liga Perdana lain seperti Manchester United, Arsenal dan Manchester City dengan masing-masing mempunyai stadium antara 76,000, 60,000 dan 50,000 tempat duduk.

Lokasi baharu untuk stadium kelab itu tidak dapat disediakan kerana tiada tapak yang sesuai di sekitar London dan kelab itu memutuskan untuk memperluaskan Stamford Bridge.




Stamford Bridge , Chelsea

Artikel Sebelum

Benzema Disingkir Susulan Kes Peras Ugut

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun