suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cabaran Malaysia Di Terbuka Macau Berakhir

Aksi Goh Soon Huat ketika menentang Jeon Hyeok Jin, Sabtu. -fotoTHESTAR
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau berakhir selepas wakil tunggal, Goh Soon Huat tewas di peringkat separuh akhir, Sabtu.

Goh tewas 15-21, 15-21 kepada pilihan ke-13, Jeon Hyeok Jin dalam masa 41 minit di kejohanan yang diadakan di Tap Seac Multisport Pavilion, Macau.

Di suku akhir semalam, Goh membuat kejutan dengan menewaskan pemain nombor 33 dunia, B. Sai Praneeth dari India, 211-16, 21-23, 21-13.

Cabaran wakil negara dalam empat acara lain - beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran - berakhir di pusingan awal.

Kejohanan ini menawarkan wang tunai keseluruhan sebanyak AS$120,000 (RM512,100).
Terbuka Macau, Goh Soon Huat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain