suria

Gol Sendiri Watford Bantu Man United Menang 2-1

Memphis Depay menjaringkan gol pertama buat Manchester United ketika menentang Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vicarage Road, Watford pada malam Sabtu. Foto Reuters

MANCHESTER United memperoleh kemenangan tipis dengan 2-1 ke atas Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Dalam perlawanan di Stadium Vicarage Road di Watford, utara London, pengurus pasukan, Louis Van Gaal tidak dapat menurunkan Anthony Martial dan Wayne Rooney kerana mengalami kecederaan. 

Sebagai gantian, Memphis Depay dan Jesse Lingard turun padang dalam perlawanan kali ini.

Deepay yang tidak tersenarai dalam dua perlawanan sebelum ini membalas kepercayaan Van Gaal apabila mencatatkan gol pembukaan pada minit ke-11.

Ander Herrera melepaskan umpan silang dari sisi kanan dan diteruskan Depay ke gawang yang dikawal oleh penjaga gol Watford, Heurelho Gomes.

Watford turut memiliki sejumlah peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal menguasainya. 

Skor 1-0 yang didahului Manchester United bertahan sehingga akhir babak pertama.

Watford kemudian mendapat penalti selepas Odion Ighalo dijatuhkan oleh Marcos Rojo pada menit ke-86. 

Pemain Watford, Troy Deeney berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 dengan memperdayakan penjaga gol di gawang lawan, David De Gea.

Bagaimanapun, skor berimbang hanya cuma bertahan selama dua minit. 

Kemenangan tipis Manchester United dengan 2-1 turut dibantu pasukan lawan apabila pemain Watford, Deeney menyumbat gol sendiri pada minit ke-90.

Kemenangan ini menjadikan Manchester United menduduki tangga teratas dengan 27 mata dari 13 perlawanan.

Namun kedudukan kelab Red Devils ini masih boleh dirampas oleh Manchester City dan Arsenal.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain