Bola Sepak Malaysia Masih Tidak Berubah Selepas 30 Tahun - Sukan | mStar

Bola Sepak Malaysia Masih Tidak Berubah Selepas 30 Tahun

KUALA LUMPUR: Punca Malaysia ketandusan pemain berbakat yang setanding dengan pemain antarabangsa adalah disebabkan kurangnya liga bola sepak amatur dan liga separuh profesional, menurut bekas pemain kebangsaan.

Bintang bola sepak era 70 dan 80-an, Khalid Ali, berkata walaupun selepas 30 tahun, standard bola sepak negara masih di takuk lama dan tiada penambahbaikan ketara dilihat bagi membolehkan prestasinya terus meningkat.

Menurutnya, melalui program daripada peringkat akar umbi seperti liga amatur dan liga separuh profesional, lebih banyak bakat baharu dapat dicungkil untuk dipilih mewakili skuad kebangsaan.

"Persatuan Bola Sepak Malaysia perlu meluaskan lagi pencarian bakat baharu untuk masa depan bola sepak negara," katanya ketika mengulas kekalahan 6-0 oleh skuad Harimau Malaya kepada Palestin pada saingan kumpulan A, pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Amman, Jordan, malam Khamis.

Khalid berkata kekalahan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sudah diramalkan tetapi tidak menjangka dengan bilangan jaringan yang memalukan.

"Memang saya serta seluruh peminat bola sepak negara sudah jangka kita akan kalah tapi dengan perbezaan yang sedikit. Selaku peminat bola sepak dan bekas pemain, saya akui ada rasa kecewa," katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata Kim Swee, selaku jurulatih sementara, telah melakukan sedikit penambaihbaikan dan pembaharuan dalam corak permainan namun ternyata usahanya itu tidak dapat memberikan hasil yang lebih positif.

Justeru, beliau berpendapat negara belum bersedia untuk mengadakan liga profesional kerana ia gagal melahirkan pemain tempatan yang setanding dengan pemain antarabangsa.

Di samping itu, katanya, liga profesional negara turut diselubungi pelbagai masalah pengurusan termasuk isu pembayaran gaji kepada pemain dan jurulatih.

Sementara itu, pengulas sukan terkenal tanah air, Zainal Abidin Rawop berkata punca kekalahan kepada Palestin itu disebabkan sikap pemain yang terbawa-bawa dengan kekalahan aksi kedua di Stadium Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan sama.

Beliau berkata pada 30 minit pertama perlawanan malam tadi, Malaysia bermain dengan disiplin yang tinggi namun hilang fokus sehingga Palestin dapat membolosi benteng pertahanan Harimau Malaya.

"Palestin mendapat gol mudah. Pertahanan kita dilihat mudah dibolosi, mereka hilang 'kepimpinan' di bahagian pertahanan. Selepas satu gol, pertahanan kita lebih mudah dibolosi," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan berdepan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam pada Selasa ini, Zainal Abidin mengakui beliau khuatir Harimau Malaya lambat bangkit daripada kekalahan di Jordan sehingga menjejaskan perlawanan seterusnya.

Secara peribadi, katanya pasukan UAE bakal mempamerkan perlawanan yang lebih pantas dan lebih baik berbanding corak permainan pasukan Arab Saudi.

Selepas kunjungan UAE, Malaysia bakal berkunjung ke Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan A, Mac tahun hadapan. - BERNAMA


bola sepak , Malaysia , Palestin , Khalid Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain