suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yaya Toure Kekal Di Man City Kerana Pellegrini

YAYA Toure mendedahkan bahawa dia hampir meninggalkan Manchester City pada jendela pemindahan lalu namun bertindak kekal di kelab itu kerana kesetiaan kepada Manuel Pellegrini.

Pemain tengah itu menjadi tonggak City untuk tampil menghuni kelompok teratas Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Toure membuat keputusan untuk setia kepada Pellegrini kerana jurulatih itu telah membantunya menghadapi detik sedih kematian adiknya iaitu Ibrahim.

Dalam sebuah buku berjudul 'Kaedah Pellegrini', Toure berkata," saya kekal kerana Manuel. Dia sentiasa bercakap dengan saya, memberi saya ketenangan dan nasihat.

"Dia telah memberi saya kesedaran hidup di luar padang. Dia menjadi bapa kepada saya ketika menhadapi dugaan. Saya tidak berasa begitu dengan jurulatih lain.

"Sebelum musim ini, kesemua pemain telah berjanji dengannya untuk membaiki tahap kami.

"Kami perlu melakukannya untuk dia, diri sendiri dan penyokong. Kami perlu memenangi kejuaraan penting pada musim ini."

Manchester City, Yaya Toure

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain