suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karanka Mahu Cipta Kemenangan Hatrik Ke Atas Man United

JURULATIH Middlesbrough, Aitor Karanka mahu melakar kemenangan peribadi ketiga di Old Trafford ketika menentang Manchester United dalam saingan Piala Capital One pada Khamis pagi.

Karanka yang merupakan bekas pemain Real Madrid penah membantu skuadnya menewaskan United 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2000 di Old trafford.

Kemudian pada 2013 ketika menjadi penolong jurulatih kepada Jose Mourinho di Real Madrid, pasukannya sekali lagi menewaskan United dengan jaringan 2-1.

Berikutan itu Karanka mahu kemenangan ketiga ketika dia menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih Middlesbrough semasa menentang United kali ini.

"Kami tidak mampu bermain dengan baik - semua orang menjangka kami akan tewas.

"Tetapi memori saya di Old Trafford semuanya manis, cuma ia agak berbeza kali ini. Ini Middlesbrough bukan lagi Real Madrid," katanya.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Lain