suria

Mayweather Gembira Selepas Bersara, Pamer Kereta Mewah Baharu

PENGURUS Floyd Mayweather mengesahkan bekas petinju sensasi dunia itu tidak akan kembali ke gelanggang lagi selepas bersara.

Leonard Ellerbe memuat naik status di laman Twitter: "Mayweather sudah bersara, perbincangan tamat".

Kenyataan ringkas itu dibuat pada Isnin berikutan terdapat permintaan perlawanan ulangan dengan Manny Pacquiao atau Amir Khan.

Sebelum itu timbul spekulasi Mayweather kemungkinan akan kembali selepas menewaskan Andre Berto di MGM Grand, Las Vegas September lalu.

Dalam pada itu, Mayweather dilihat amat gembira menjalani kehidupan mewah selepas bersara dengan mempamerkan kereta terbaharunya, Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse yang bernilai lebih $3 juta (RM13 juta) di laman Instagram miliknya dengan kapsyen: "Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse baharu saya $3,498,000."

Minggu lalu, Mayweather dilihat berada di Stapler Center menyaksikan perlawanan pasukan bola keranjang Los Angeles Clippers yang tewas kepada Golden State Warriors 135-90 dalam aksi pra musim NBA.

Floyd Mayweather

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain