Namun tarikan bukan trofi yang dijulang Pedrosa, sebaliknya insiden di antara pendahulu pelumba, Valentino Rossi (Movistar Yamaha) dan Marc Marquez dari Honda Repsol.
Rossi yang menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang Jorge Lorenzo bakal berdepan dengan saingan sukar di pusingan terakhir Grand Prix Valencia bermula 7 November ini apabila hanya kelebihan tujuh mata (312) ke atas rakan sepasukannya itu.
Lebih sukar, Rossi terpaksa memulakan saingan di Valencia di petak terakhir apabila didapai bersalah menyebabkan Marquez terbabas sekaligus terkeluar daripada saingan hari ini.
Ketika insiden tersebut, Rossi mendakwa bekas juara dunia itu ‘lebih suka (rakan senegara) Lorenzo’ menjuarai perlumbaan dan kedua-dua kelihatan ‘berperang’ di trek.
Insiden berlaku pada lap ke-4 apabila dilihat Rossi menolak Marquez dengan lutut apabila Marquez sengaja merapatkan jenteranya di sisi kiri pelumba berusia 36 tahun itu.
“Saya kehilangan banyak masa kerana berlawan dengan Marc dan cuba menjarakkan kedudukan, namun dia terbabas pada masa itu.
“Ia menyebabkan kami terpaksa bersaing dengan Jorge di Valencia nanti, dan tentunya sangat sukar,” jelas Rossi.
Kedudukan pelumba keseluruhan selepas Grand Prix Malaysia:
1.Valentino ROSSI Yamaha ITA 312 mata
2. Jorge LORENZO Yamaha SPA 305
3.Marc MARQUEZ Honda SPA 222
4.Dani PEDROSA Honda SPA 190
5. Andrea IANNONE Ducati ITA 188
6.Bradley SMITHcYamahac GBRc171
7. Andrea DOVIZIOSO Ducati ITA153
8.Cal CRUTCHLOW Honda GBR 118
9. Danilo PETRUCCI DucatiITA 107
10. Pol ESPARGARO Yamaha SPA103
11.Aleix ESPARGARO Suzuki SPA97
12. Maverick VIÑALES Suzuki SPA92
13. Scott REDDING Honda GBR83
14.Yonny HERNANDEZ Ducati COL 53
15.Hector BARBERA Ducati SPA 33
16. Alvaro BAUTISTA Aprilia SPA 29
17. Loris BAZ Yamaha Forward FRA 28
18.Stefan BRADL Aprilia GER 17
19. Jack MILLER Honda AUS 17
20. Nicky HAYDEN Honda USA 16
21. Eugene LAVERTY HondaIRL 9
22. Katsuyuki NAKASUGA Yamaha JPN 8
23. Michele PIRRO DucatiITA 8
24.Mike DI MEGLIO Ducati FRA 8
25.Hiroshi AOYAMA Honda JPN 5
26Takumi TAKAHASHI Honda JPN 4
27.Toni ELIAS Yamaha Forward SPA 2
28. Alex DE ANGEL ISAR TRSM 2


