Pedrosa,30, merakam masa terpantas 40'37.691s, meninggalkan dua pelumba Movistar Yamaha Jorge Lorenzo (+3.612) dan ketiga Valentino Rossi.
Sebelum ini Pedrosa merangkul kejuaraan sulung musim ini di Grand Prix Jepun.
“Satu saingan fizikal yang sengit, cuaca panas dan trek yang sangat memilih jentera. “Jentera tahun ini terlalu banyak pergerakan sekaligus memerlukan kegunaan fizikal, apa yang perlu kamu lakukan hanya ‘tarik nafas' dan terus berlumba.
“Perlumbaan sangat baik sepanjang minggu ini dan kami yakin telah melakukan tugas terbaik dengan memenangi saingan di sini.
“Saya gembira bagi pasukan serta semua yang sentiasa berada di sisi saya. Ia sangat sukar, tetapi kami akan cuba menamatkan musim ini dengan aksi yang sama,” jelas Pedrosa.
Selain itu, rakan sepasukan Pedrosa, Marc Marquez terkeluar daripada saingan setelah terbabas keluar trek selepas ditolak Rossi gara-gara dia terlalu menghimpit pelumba yang mengungguli carta kedudukan keseluruhan setakat ini.
Keputusan penuh perlumbaan MotoGP:
1. Dani PEDROSA Repsol Honda Team 40'37.69
2.Jorge LORENZO Movistar Yamaha +3.612
3.Valentino ROSSI Movistar Yamaha +13.72
4.Bradley SMITHGBR Monster Yamaha Tech +23.99
5.51135Cal CRUTCHLOWGBRLCR HondaHonda161.8+28.721
6.Danilo PETRUCCI Octo Pramac +36.372
7.Aleix ESPARGARO Team SUZUKI ECSTAR +39.2908
8.Maverick VIÑALES Team SUZUKI +39.436
9.Pol ESPARGARO Monster Yamaha Tech 3 +42.462
10.66Stefan BRADLGERAprilia Racing Team Gresini Aprilia160.7+44.601
11.Scott REDDINGGBREG 0,0 Marc VDSHonda160.5+47.690
12.Yonny HERNANDEZ Octo Pramac Racing +52.112
13.Hector BARBERA Avintia Racing Ducati +52.360
14.Toni ELIAS Forward RacingYamaha Forward160.1+53.619
15.Alvaro BAUTISTA Aprilia Racing Team Gresini Aprilia
16Nicky HAYDEN Aspar +1'01.431
17.Jack MILLERAUS LCR Honda +1'02.828
18.Mike DI MEGLIOFRA Avintia +1'05.075
19.Eugene LAVERTYIRL Aspar MotoGP +1'09.877
20.Anthony WEST AB Motoracing Honda+1'24.749
Terkeluar daripada saingan
Andrea DOVIZIOSO ITA Ducati Team Ducati162.110 Laps 9
Marc MARQUEZ SPA Repsol Honda Team Honda156.113 Laps 7
Loris BAZFRA Forward Racing Yamaha Forward 132.618 Laps 29
Andrea IANNONEITA Ducati Team Ducati 155.619 Lap


