suria

Beregu Thien How-Khim Wah Kempunan Di GP Emas Terbuka Taiwan

Hoon Thien How (kiri) dan Lim Khim Wah.

KUALA LUMPUR: Harapan beregu profesional negara, Hoon Thien Hiow/Lim Khim Wah untuk memenangi gelaran antarabangsa pertama musim ini tidak kesampaian apabila kalah pada pentas final Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan di Gimnasium Hsing Chuang, Taiwan.

Beregu negara itu kalah kepada beregu pilihan utama, Gideon Markus Fernaldi/Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia dengan straight set 21-12 dan 21-8 dalam masa 27 minit.

Dalam pada itu, Indonesia turut cemerlang selepas wakil negara berkenaan menjuarai tiga kategori iaitu perseorangan lelaki menerusi Sony Dwi Kuncoro, beregu wanita (Anggia Shitta Awanda/Mahadewi Istirani Ni Ketut) dan beregu campuran (Ronald Alexander/Melati Daeva Oktaviani).

Sony Dwi Kuncoro mengalahkan pemain tuan rumah, Wang Tzu Wei 21-13, 21-15, Anggia Shitta/Mahadewi Istrirani mengalahkan beregu Jepun, Tanaka Shiho/Yonemoto Koharu 21-19, 21-14 dan Ronald/Melati menumpaskan Chan Ko-Chi/Chang Hsin Tien dari Taiwan dengan 21-18, 25-27, 21-15.

Acara perseorangan wanita pula dijuarai oleh pemain Korea Selatan, Lee Jang Mi yang mengalahkan rakan senegara, Kim Hyo Min 21-16, 21-16.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain