suria

Pistorius Dibebas Dari Penjara, Jalani Tahanan Rumah

Oscar Pistorius.

JOHANNESBURG: Atlet paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius yang didakwa  menembak mati teman wanitanya pada Hari Valentine 2013, dibenarkan keluar penjara dan dipindahkan untuk tahanan rumah, minggu depan.

Jabatan Pemulihan Afrika Selatan menyebut keputusan itu dibuat lembaga parol penjara selepas Pistorius menghabiskan tempoh setahun daripada hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya kerana membunuh.

Jabatan itu menyebut, pihak lembaga meluluskan penempatan pesalah menurut pengawasan jabatan itu bermula 20 Oktober 2015.

Pistorius dibebaskan daripada tuduhan membunuh Reeva Steenkamp, tahun lalu.

Namun pendakwa raya merayu keputusan perbicaraan dan akan menuntut sabitan membunuh sekali lagi di Mahkamah Agung Afrika Selatan pada 3 November ini.

Jika Pistorius disabitkan atas tuduhan membunuh oleh panel lima hakim dalam rayuan itu, dia bakal dipenjarakan semula untuk tempoh 15 tahun.

Ia disifatkan sebagai hukuman minimum atas kesalahan membunuh di Afrika Selatan, yang tidak lagi menggunakan hukuman mati.


Oscar Pistorius, paralimpik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain