suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bouchard Saman Persatuan Tenis Amerika Syarikat

BINTANG tenis wanita Kanada, Eugenie Bouchard telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Persatuan Tenis Amerika Syarikat  (USTA) selepas mengalami konkusi akibat terjatuh di bilik persalinan pemain pada Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini.

Berikutan dengan insiden itu, Bouchard terpaksa menarik diri daripada terus beraksi dalam saingan keempat kejohanan tersebut dan beberapa lagi kejohanan lain selepas itu termasuk Terbuka China kerana mengalami masalah pening kepala.

Tuntutan mahkamah berkaitan dengan kecuaian sehingga menyebabkan pemain berusia 21 tahun itu terjatuh dan mengalami kecederaan.

Peguam pemain itu, Benedict Morelli memberitahu kepada New York Times bahawa mereka boleh kehilangan 'berjuta, berjuta dollar' selepas Bouchard menderita dengan kecederaan di bahagian kepala.

Morelli mendakwa bahawa Bouchard terjatuh kerana lantai di bilik persalinan pemain itu licin disebabkan bahan pencuci yang ditinggalkan selepas pihak penganjur melakukan pembersihan.

Eugenie Bouchard, USTA, Saman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain