suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Benam Kashyap, Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Denmark

Lee Chong Wei.

ODENSE: Bekas pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki Terbuka Denmark, awal pagi Khamis.

Chong Wei menundukkan juara Sukan Komanwel Glasgow, Parupalli Kashyap 21-14, 21-15 dalam masa 47 minit.

Jaguh badminton negara itu akan bertemu Wei Nan dari Hong Kong untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir.

Ia ibarat membawa lembaran kejayaan baharu buat Chong Wei yang tewas dalam kejohanan Super Siri di Jepun dan Korea Selatan, bulan lalu.

Beliau tewas kepada Lin Dan dari China pada pusingan kedua di Jepun dan disingkirkan juara dunia 2013, Heo Kwang-hee dari Korea Selatan pada pusingan pertama aksi kelayakan Terbuka Korea.

"Saya tidak merekodkan keputusan baik dalam kejohanan terdahulu dan saya datang ke sini dengan semangat untuk melakarkan sesuatu yang lebih baik," kata Chong Wei.






Lee Chong Wei, Terbuka Denmark

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain