suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

England Di Pot 1 Undian Euro 2016 Disember Ini

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan pasukan England akan berada di Pot 1, manakala Wales dan Northern Ireland berada dalam Pot 4 menjelang undian Euro 2016 pada 12 Disember ini.


Turut bersama England adalah juara bertahan Sepanyol, juara Piala Dunia Jerman, pasukan tuan rumah Perancis, Portugal dan Belgium.

Skuad Roy Hodgson dijangka akan kembali berdepan dengan Itali selepas pasukan Antonio Conte berada dalam Pot 2 bersama Rusia, Switzerland, Austria dan Croatia.

Manakala Wales, Northern Ireland diiringi bersama Iceland dan Albania yang menyaksikan penampilan pertama kedua-dua pasukan itu bersaing dalam aksi kejuaraan utama.

Sementara itu senarai pasukan di Pot 3 belum diputuskan lagi, manakala satu kekosongan di Pot 2 dan Pot 4 (dua pasukan) akan diketahui selepas aksi play-off November ini.

Undian play-off akan berlangsung Ahad ini melibatkan pasukan Bosnia and Herzegovina, Ukraine, Sweden dan Hungary yang akan menentang Denmark, Republik Ireland, Norway dan Slovenia.

Selain itu Republik Czech, Poland, Romania, Slovakia dan Turki perlu menunggu keputusan play-off sebelum mengetahui nasib mereka pada undian nanti.

England, Euro 2016, undian kumpulan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain