suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamilton Nafi Sembur Putin 'Champagne'

JUARA dunia Formula 1, Lewis Hamilton menolak laporan yang tersebar luas bahawa dia telah menyembur 'champagne juara' ke arah Presiden Rusia, Vladimir Putin selepas berlangsungnya Grand Prix di Sochi, Ahad.

"Saya sebenarnya tidak melakukannya. Saya betul-betul tidak menyemburnya. Saya fikir gambar itu adalah pelik, tetapi memang saya tidak menyemburnya. Saya semestinya tidak mahu berlaku sebarang kejadian," kata pemandu Mercedes itu kepada televisyen Sky Sports Isnin, sambil tersenyum.

Hamilton, yang terbang pulang ke Britain untuk menyertai pasukannya meraikan kemenangan kedua berturut-turut pasukannya, sebelum ini berdepan kontroversi berkaitan aksinya menyembur champagne di podium.

Dia pernah dikritik dan dituduh melakukan adegan 'sexism' pada April kerana menyembur champagne terhadap seorang gadis pengiring ketika Grand Prix China di Shanghai.

Kejadian itu, menggambarkan gadis itu tidak selesa dengan tindakannya dan ia menjadi kritikan di media sosial di Britain, Jerman dan tuan rumah sendiri, China.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Euro 2016

Artikel Lain