suria

Euro 2016: Jerman Mara Selepas Tewaskan Georgia

Pemain Jerman, Max Kruse (tengah) meraikan selepas membuat jaringan pada perlawanan kelayakan kumpulan D Euro 2016 antara Jerman dan Georfia di Leipzig, Jerman awal pagi Isnin. Foto AFP

JUARA dunia, Jerman mara ke peringkat akhir kejohanan Euro 2016 di Perancis selepas menewaskan Georgia dengan 2-1 di Leipzig, Jerman awal pagi Isnin.

Kemenangan itu membawa Jerman menduduki tangga teratas kumpulan D dengan 22 mata, diikuti Poland (21) dan Republik Ireland (18).

Jerman seharusnya berterima kasih kepada pemain Max Kruse dan Thomas Mueller yang menghasilkan jaringan buat skuad kebangsaan itu, masing-masing pada minit ke-50 dan 79.

Bagaimanapun, Jerman dilihat berhadapan kesukaran ketika menentang Georgia.

Berdasarkan 18 cubaan membuatkan jaringan sepanjang 45 minit pertama, tiada satu pun yang berjaya dihasilkan.

Hanya pada minit ke-50, pasukan di bawah pengurus Joachim Loew memecah kebuntuan Jerman menerusi sepakan penalti.

Keunggulan Jerman hanya bertahan selama tuga minit apabila pemain Georgia, Jaba Kankava membuat jaringan dari luar kotak penalti tanpa berjaya diatasi oleh penjaga gol, Manuel Neuer.

Loew kemudiannya melakukan perubahan apabila menggantikan Andre Schuerrle dengan Max Kruse pada minit ke-76.

Keputusan itu membuahkan hasil apabila hanya selepas tiga minit, Kruse meraih gol menerusi sepakan kaki kiri membolosi gawang lawan.

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Euro 2016

Artikel Lain