suria

"Saya Tak Dapat Jelaskan Kenapa Lalui Waktu Sukar Di Chelsea" - Eden Hazard

Eden Hazard.

BINTANG Chelsea, Eden Hazard mengakui beliau sedang melalui "waktu sukar" selepas gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan pertama pada musim ini.

Hazard yang membuat jaringan sehingga memberikan kemenangan kepada skuad kebangsaan Belgium ketika menentang Andorra dengan 4-1 dalam aksi kelayakan Euro 2016, awal pagi Ahad gagal untuk mencatatkan prestasi baik buat Chelsea. 

Keadaan tersebut jauh berbeza dengan kedudukan beliau yang meraih gelaran Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

Bagaimanapun, pemain tengah berusia 24 tahun itu masih bersemangat tinggi walaupun prestasinya agak menurun sejak kebelakangan ini.

Beliau menegaskan untuk bekerja keras kerana mahu 'bangkit semula'.

Hazard ketika bercakap kepada Mirror mengenai prestasinya dalam Chelsea baru-baru ini berkata: "Ia merupakan kali pertama dalam kerjaya saya mengalami kesukaran seperti ini.

"Saya tidak dapat menjelaskannya. Apa yang saya tahu adalah saya perlu bekerja keras untuk bangkit semula.

"Di Chelsea, kami prihatin sebagai satu pasukan dan secara individu. Kami semua fikir bahawa kemenangan baru-baru ini ketika menentang Arsenal akan mengangkat kami ke hadapan tetapi sebaliknya berlaku," katanya. 

Pemain kelahiran Belgium itu turut tampil menunjukkan sokongan terhadap pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang hebat dikritik.

"Saya tidak bimbang mengenai Mourinho - beliau merupakan jurulatih terbaik di dunia apabila berhadapan dengan tekanan. Saya seorang yang optimis, dan saya tahu saya boleh banyak belajar daripada waktu sukar ini," kata Hazard. - Mail Online

Chelsea, Eden Hazard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain