suria

Euro 2016: Wales Mara Walau Tewas

Gareth Bale meraikan kejayaan Wales mara ke aksi akhir Euro 2016.

WALES mara ke peringkat akhir kejohanan antarabangsa buat pertama kalinya dalam tempoh 57 tahun dengan menempah tiket pada aksi Euro 2016 di Perancis, meskipun tewas 0-2 kepada Bosnia-Herzegovina.

Pasukan lawan menguasai babak pertama perlawanan sebelum Bosnia bangkit menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Gol Bosnia diaringkan menerusi Milan Djuric dan Vedad Ibisevic.

Wales beraksi buat kali terakhir pada kejohanan antarabangsa pada Piala Dunia 1958 dan tidak pernah melepasi peringkat akhir temasya Eropah.

Namun, mereka sudah mendapat jaminan untuk beraksi di Perancis pada musim panas tahun depan.

Dalam perlawanan berasingan, Belgium turut akan beraksi di Perancis selepas menewaskan Anddora 4-1.

Kemenangan itu membolehkan Belgium menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan mengumpul 20 mata.

Wales pula di tempat kedua dengan 18 mata.




Wales, Euro 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain