suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Euro 2016: Itali Atasi Azerbaijan

Itali meraikan kemaraan pasukan itu.

ITALI turut mengikut jejak langkah Wales untuk mara ke kejohanan akhir Euro 2016 di Perancis, selepas menewaskan Azerbaijan 3-1 di Stadium Baku National, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Itali mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada aksi kelayakan.

Pasukan kendalian pengurus Antonio Conte itu memecah kebuntuan seawal minit ke-10 menerusi Eder tetapi Azerbaijan mengikat kedudukan pada minit ke-31, hasil jaringan Dimitrij Nazarov.

Namun Azzuri kekal mendahului tiga minit sebelum babak pertama tamat menerusi Stephan El Shaarawy yang menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Matteo Darmian melengkapkan gol ketiga pada babak kedua.

Itali akan bertemu Norway pada Selasa dalam aksi akhir pusingan kelayakan peringkat kumpulan H.

Pasukan itu kini mengutip 21 mata manakala Norway dengan 19 mata.

Satu lagi pasukan dalam Kumpulan H, Crotia yang mengutip 17 mata akan berkunjung ke Malta.

Terdahulu, Crotia menewaskan Bulgaria 3-0.



Itali, Euro 2016

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis Terbuka China

Artikel Berikut

Artikel Lain