suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurgen Klopp Mahu Robert Lewandowski Sertai Liverpool

PENGURUS baru Liverpool, Jurgen Klopp berhasrat membawa 'mesin gol' Bundesliga, Robert Lewandowski ke England.

Ejen Lewandowski sebelum ini memberi isyarat kepada Bayern Munich bahawa penyerang berkenaan tidak akan kekal di kelab tersebut - dan Klopp sedia membawanya ke Anfield.

Liverpool kini mempunyai pilihan penyerang seperti Christian Benteke, Daniel Sturridge, Danny Ings dan Divock Origi, manakala Mario Balotelli dipinjamkan ke AC Milan.

Bagaimanapun Klopp masih ingin membawa Lewandowski menyertainya jika Bayern sedia melepaskan penyerang berusia 27 tahun itu.

Klopp merupakan jurulatih yang bertanggungjawab membawa Lewandowski ke Borussia Dortmund daripada Lech Poznan pada 2010.

Liverpool, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain