Liga Europa: Liverpool Gagal Menang Lagi, Seri 1-1 Dengan Sion - Sukan | mStar

Liga Europa: Liverpool Gagal Menang Lagi, Seri 1-1 Dengan Sion

Penyerang Liverpool Danny Ings (kanan) gagal dalam cubaannya untuk menyumbat gol apabila berjaya dihalang pemain pertahanan FC Sion, Reto Ziegler dalam perlawanan Liga Europa peringkat kumpulan B di Anfield, Liverpool, awal pagi Jumaat. -foto AFP
LIVERPOOL gagal meraih mata penuh dalam saingan peringkat Kumpulan B Liga Europa menentang wakil Switzerland, FC Sion di Anfield, awal pagi Jumaat.

Perlawanan tersebut berakhir dengan mata seri 1-1, keputusan sama yang diperoleh Liverpool dalam perlawanan pertama menentang Girondins Bordeaux.

Gol Liverpool diperolehi melalui Adam Lallana, seawal minit ke-4 perlawanan.

Namun Liverpool, gagal mempertahanakan kedudukannya, apabila kelalaian Nathaniel Clyne digunakan sepenuhnya oleh Ebenezer Assifuah menyumbat masuk bola menembusi gawang Simon Mignolet pada minit ke-18.

Liverpool mendapat beberapa peluang menerusi penyerang mudanya Belgia, Divock Origi baik di babak pertama mahu pun babak kedua, tetapi peluang itu disia-siakan.

Sementara itu sikap keras kepala Brendan Rodgers menempatkan Emre Can di barisan pertahanan turut dikatakan menjadi faktor LIverpool gagal menang.

Taktik Rodgers mengubah skema permainan kepada 3-5-2 dengan menarik keluar Clyne dan memasukkan Alberto Moreno, serta menurunkan Philippe Coutinho menggantikan Danny Ings, juga tidak menjadi.

Barisan depan Liverpool dilihat masih tidak dapat banyak membantu memantapkan pasukan itu.

Bagi Sion, tambahan satu gol sudah cukup mengukuhkan posisi mereka di puncak, disusuli Liverpool yang berada di tempat kedua.

Situasi ini memperlihatkan bahawa, sejak kedatangan pelatih Brendan Rodgers pada 2012, dia masih tidak mampu memperbaiki masalah di barisan pertahanan Liverpool. 

Liga Europa , FC Sion , Liverpool

Artikel Sebelum

Van Gaal Bersara Selepas Bimbing Man United

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain