suria

Liga Juara-Juara: Mourinho Letak Hazard Di Bangku Simpanan

JOSE Mourinho membuktikan bahawa tidak ada apa-apa kesan dalam skuadnya apabila meletak Eden Hazard di bangku simpanan ketika aksi peringkat Kumpulan G Liga Juara-Juara bertemu Porto awal pagi Rabu.


Bekas pengurus Porto itu menyoal tingkah laku pemain-pemainnya ketika menuju ke Estadio do Dragon serta aksi seri 2-2 bertemu Newcastle apabila dia ingin menukar enam pemain pada separuh masa perlawanan.

Kapten John Terry masih di bangku simpanan bersama Pemain Terbaik tahun lalu, Hazard malah turut disertai Nemanja Matic.

Manakala Diego Costa dipilih mengetuai barisan hadapan selepas menjalani dua daripada tiga hukuman penggantungan dalam aksi domestik.

Sementara itu, Oscar yang mengalami kecederaan lutut tidak hadir untuk bersama John Obi Mikel, Willian dan Ramires di padang.

Sebelum perlawanan, Mourinho memberitahu Falcao, Oscar dan Loic Remy tidak ‘dipilih’.

Senarai pemain:

Begovic; Ivanovic, Zouma, Cahill, Azpilicueta; Mikel, Fabregas; Ramires, Willian, Pedro; Diego Costa//Simpanan: Blackman, Baba Rahman, Terry, Matic, Loftus-Cheek, Hazard, Kenedy.

Jose Mourinho, Eden Hazard

Artikel Lain