Annuar Kesal Tindakan FAM Dalam Pembahagian Kutipan Tiket Piala FA - Sukan | mStar

Annuar Kesal Tindakan FAM Dalam Pembahagian Kutipan Tiket Piala FA

Annuar Musa.

KOTA BARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pembahagian hasil kutipan tiket perlawanan akhir Piala FA.

Beliau berkata, daripada RM3 juta hasil jualan tiket, belum termasuk tajaan dan hak penyiaran, Kelantan hanya menerima RM600,000.

"Kelantan yang membantu menjual 90 peratus daripada tiket tapi kami hanya dapat jumlah itu sahaja selepas semua pihak lain mendapat bahagian masing-masing," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya pada Jumaat.

Annuar yang juga bekas timbalan presiden FAM mendakwa FAM sendiri sudah mengambil RM1 juta atas nama levi dan lain-lain.

Lebih mendukacitakan apabila pasukan jemputan, Lions XII menerima jumlah yang lebih besar.

“Dalam perjanjian persefahaman antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), pasukan jemputan tidak sepatutnya menerima hadiah wang tunai kecuali bayaran sagu hati.

“Kelantan terpaksa berhabis beratus ribu ringgit setiap kali layak ke pusingan akhir dan Singapura tidak melakukan sesuatu untuk menjayakan perlawanan akhir itu,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan beberapa lagi tindakan FAM termasuk mengurangkan jumlah hadiah Piala FA.

Pada saingan akhir Piala FA Mei lalu, Kelantan tewas 1-3 kepada Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kekalahan itu menyaksikan buat kali pertama piala berkenaan dimenangi pasukan dari seberang tambak Johor sejak ia diperkenalkan pada 1990. - Bernama

Annuar Musa , KAFA , FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain