suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Futsal Wanita AFC: Skuad Malaysia Tempah Slot Ke Separuh Akhir

Pemain negara dihalang oleh dua pemain Hong Kong pada aksi kedua peringkat kumpulan Kejohanan Futsal Wanita AFC pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Pasukan futsal wanita negara meraikan kemenangan kedua berturut-turut sekaligus menempah tiket ke saingan separuh akhir Kejohanan Futsal Wanita AFC yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan, skuad bimbingan jurulatih Chiew Chun Yong ini berjaya memungut enam mata penuh selepas mencatat kemenangan ke atas Uzbekistan (9-4) dan 4-1 ke atas Hong Kong pada aksi petang Selasa.

Skuad kebangsaan berkongsi mata dengan pasukan Iran, namun kelebihan gol meletakkan skuad 'Melli Zanan' itu di kedudukan teratas.

Kedua-kedua pasukan bakal berentap pada aksi akhir kumpulan pada Rabu sekaligus menyaksikan perebutan kedudukan sebelum ke separuh akhir.

Dalam pada itu, Jepun menguasai kedudukan teratas bagi Kumpulan B selepas mencatat dua kemenangan ke atas Vietnam (4-2) dan menumpaskan Thailand, 2-3.

Manakala Thailand berada di tempat kedua walaupun berkongsi tiga mata dengan China PR menerusi kelebihan jaringan dan Vietnam di tempat keempat.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke saingan separuh akhir pada Jumaat ini.

Futsal Wanita AFC, Malaysia

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain