suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Futsal Wanita AFC: Thailand, Jepun Lakar Kemenangan Pertama

Chiew Chun Yong

PETALING JAYA: Pasukan futsal wanita Thailand membuka tirai kemenangan bagi Kumpulan B dengan menewaskan China PR 3-1 pada Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai pada Isnin.

Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini turut menyaksikan pasukan pilihan Jepun mencatat kemenangan 4-2 ke atas Vietnam dalam saingan kumpulan yang sama.

Malaysia yang dipilih selaku penganjur bagi kejohanan tahun ini berada dalam Kumpulan A bersama Iran, Hong Kong dan Uzbekistan.

Skuad wanita negara yang dibimbing jurulatih Chiew Chun Yong bakal berentap petang Isnin bertemu Uzbekistan.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) dan AFC, Moya Dodd berkata acara bola sepak wanita di Asia mempunyai kelas tersendiri dan berharap futsal akan berada di tahap yang sama.

"Futsal mempunyai kelebihan tersendiri dan ia merupakan salah satu alternatif kepada wanita yang ingin beraksi di gelanggang tertutup.

"AFC menyokong penuh acara sukan wanita dan turut memberi keutamaan kepada pembangunan sukan futsal," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain