suria

F1: Ferrari Mohon Maaf Insiden Ketika Meraikan Kejayaan

FERRARI akan menghantar surat bertulis bagi memohon maaf kepada penganjur Grand Prix Singapura dan pasukan keselamatan berikutan insiden selepas perlumbaan Ahad malam.

Berikutan kemenangan Vettel di Litar Marina Bay itu, sekumpulan mekanik Ferrari keluar meraikan kejayaan di kawasan larangan yang menjadi tempat jentera berhenti.

Namun pengawal keselamatan dapat mengawal keadaan walaupun beberapa orang daripada kumpulan itu dilihat memasuki kawasan jurugambar.

Berikutan kejadian itu, pengurus pasukan melaporkan kepada pihak penganjur seterusnya Ferrari perlu bertanggungjawab.

Menurut kenyataan Persekutuan Automobil Dunia (FIA): "Pihak penganjur telah menerima aduan daripada setiausaha penganjur dan pasukan keselamatan berkaitan kejadian selepas perlumbaan yang menyaksikan sekumpulan kakitangan Scuderia Ferrari gagal mengikut arahan dan berkelakuan tidak wajar. 

"Perkara berikut turut diakui oleh pengurus (Rivola), penganjur dan ketua keselamatan.

"Wakil pasukan diberi peluang agar prinsipal Maurizio Arrivabene perlu menulis surat bagi memohon maaf kepada mereka yang terlibat dan memberi jaminan insiden seperti itu tidak berlaku lagi."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain