Anthony Martial Bakal Digeruni Lawan - Van Gaal - Sukan | mStar

Anthony Martial Bakal Digeruni Lawan - Van Gaal

LOUIS Van Gaal memberi amaran bahawa Anthony Martial bakal digeruni lawan apabila dia berjaya menjaringkan dua gol untuk membawa Manchester United ke kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.

Bekas penyerang Monaco bernilai £36 juta itu mula menjaringkan gol ketika United menentang Liverpool sebelum ini, walaupun ketibaan dia di Old Trafford dipertikai banyak pihak.

Pembelian Martial menjadi pertikaian kerana United perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi seorang pemain berusia 19 tahun yang baharu menjejak kaki ke liga profesional.

Dalam perlawanan bertemu Southampton pada Ahad, Martial menjaringkan dua gol manakala Juan Mata mencukupkan kemenangan 3-2 di gelanggang lawan.

"Apa yang saya mahukan ialah dia perlu menjaringkan gol.

"Itu adalah perkara penting, sebagai seorang penyerang dia perlu menjaringkan gol. Inilah kualiti dan bakatnya. Dia mampu memperbaikinya untuk menjadi lebih baik, saya yakin," jelas Van Gaal.

Anthony Martial , Manchester United

Artikel Sebelum

Hoki: THT Raih Kejuaraan Berganda

Artikel Berikut

Neymar Hadiahkan Jaringan Kepada Rafinha

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh