suria

Neymar Hadiahkan Jaringan Kepada Rafinha

BINTANG Barcelona, Neymar menghadiahkan gol yang dijaringnya ketika menentang Levante kepada rakan sepasukan yang mengalami kecederaan, Rafinha.

Pemain tengah itu terpaksa diketepikan selama beberapa bulan selepas mengalami kerosakan ligamen ketika menentang Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu lalu.

Bagaimanapun Rafinha masih dirai dan diberikan sokongan moral oleh seluruh pasukan khususnya Neymar.

Penyerang Brazil itu menjaringkan gol ketika menentang Levante dalam saingan La Liga pada Ahad.

Neymar turut membawa jersi tertulis nama Rafinha sebagai tanda menghadiahkan gol tersebut kepada rakanya.

Kehilangan Rafinha bagaimanapun tidak dapat diganti kerana Fifa telah menyekat usaha Barcelona untuk mendaftar Arda Turan.

Barcelona, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain