suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penonton 'Ambil Angin' Di Trek Ketika Aksi GP Singapura

Vettel melepasi seorang lelaki (kiri) yang berjalan-jalan di trek ketika aksi perlumbaan sedang berlangsung.
PERLUMBAAN Grand Prix Singapura terganggu ketika lap ke-38 gara-gara seorang penonton dilihat berjalan-jalan di Litar Marina Bay, Ahad malam.


Lelaki berkenaan bejalan-jalan di trek bahagian tepi pagar keselamatan sebelum melompat kembali ke kawasan yang dibenarkan.

Insiden itu menyebabkan dua bendera kuning dikibarkan dan sejurus selepas itu kereta keselamatan membuat rondaan manakala semua pelumba lebih berwaspada.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang mendahului perlumbaan itu dan menyedari kehadiran lelaki tersebut menjerit di radio pasukannya: “Ada lelaki di trek. Lelaki di trek!”.

Dalam pada itu, insiden sedemikian merupakan yang kedua musim ini selepas seorang lelaki berlari ke arah pit pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix China April lalu.

Dilaporkan lelaki China itu berlari ke arah pit pasukan Ferrari untuk memandu salah satu jentera yang ada di situ, namun berjaya ditahan pihak polis.

F1, Grand Prix Singapura, Lelaki Trek

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

F1: Keputusan GP Singapura

Artikel Lain